Pages

Tuesday, 9 October 2012

2 hari bersamanya

Sabtu - 6.10.2012

Pergi library Seremban nak study for Final Exam yg dah dekat. Gementar, setakat ni baru study math SAHAJA! -.- subjek yg lain tak sentuh lg, nt 2 hari cuti sebab budak PMR. masa tu aku nak study betul-2, itupun kalau ada mood. ==' Hah, kat library Aiman ajrkan math. Entah kenapa yg aku tahu buat time tu pulak jd blurr, mungkin kekok belajar dgn dia. Tapi apa yg dia ajar semua aku faham, Alhamdulillah.. :) dah lama tu, akak aku (Hamizah) ajak makan kat Terminal 1. Mula-mula nak makan dekat KFC, tp ramai. Akak aku cadangkan Mekdi, Pijja hut.. Sorry lah, aku tak telan makanan kat situ. -.- aku ni jenis memilih bila masuk bab makan. Pastu g la makan kat food court. Aku makan depan dia, memalukan betul time makan tetibe garfu jatuh atas lantai. Rasa nak tutup je muka, >.< then Aiman bg garfu yg dia guna tu dekat aku. :3 hew hew, makan jelah. buat muka tak bersalah. :p Balik tu dia teman sampai ktm seremban, egtkan die balik naik ktm sekali. Rupanya dia dtg naik motor, penat je jalan kaki jejauh semata-mata nak teman aku. lol -.-

Ahad - 7.10.2012

Hari Usahawan muda dekat SKSJ (sekolah lama aku), dia ikut sekali. ^.^ Maknenye, dua hari aku luangkan masa dgn dia. Jalan-jalan pastu lepak kat kelas, dia ajar math smbung smlm punye. tak banyak yg menarik haritu, tp malam tu menarik! Kitorang baca al-Quran sesama.. Memula aku call, tp dia pulak nak call. Mana boleh lawan cakap dia, aku pun iyakan. Alhamdulillah, tenang hati. :') memang tak dapat nak lupakan saat ni, mengaji dlm telefon. Yelah, nak ngaji depan-depan tak kesampaian. Sempat jugak baca Yassin bergilir-gilir. :)

Monday, 13 August 2012

Assalamualaikum

 Inginku luahkan segala yg terbuku dihati, namun itu mustahil sama sekali. Bagi aku, perasaan seseorang tu wajib dibelai, dijaga supaya tiada sedikit pun celanya walaupun ianya memerlukan sebuah pengorbanan.. Tapi, susah untuk kita pastikan orang disekeliling kita bahagia tanpa ada rasa kecil hati mahupun terselit rasa marah dengan perbuatan kita. Sesetengah orang, mereka lebih suka memendam rasa daripada meluahkannya. Dan pastinya meraka punya sebab yg tertentu. Kadang-kadang kita harus korbankan satu perasaan untuk menjaga perasaan orang lain.

Setiap manusia pasti ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Setiap hari, aku cuba membuat perubahan supaya diri ni lebih dekat dengan-Nya. Namun, ada satu hati yg suci terluka. Mungkin, aku tak pandai nak menjaga hati tu dengan baik sampaikan aku sendiri dapat merasakan betapa tersiksanya bila berjauhan. Janji aku masih pegang, aku nak jadi kuat. :) Alhamdulillah, masa terluang aku isi dengan sebaik mungkin. 

Dalam sujud ku kirim doa buatnya.. :')