Pages

Sunday 14 October 2012

Mimpi aneh.

Lepas bangun subuh, aku sambung tidur balik. Ngantuk sangat, malam tidur lewat teman akak punya pasal. Dalam tidur tu aku mimpi yg sangat aneh. Mimpinya bermula mcmni..

"Aku dengan family aku keluar makan malam,  then entah mcmana tetiba je dah ad kat rumah and tubuh aku terlantar. Sekarang watak aku bukan MAYAT tu, tp ROH yg berlegar tertanya-tanya kenapa aku terpisah drpd tubuhku? Anehnya, aku boleh bercakap dgn org sekeliling aku walaupun aku hnylah roh yg tak dapat org lain lihat tp boleh mendengar ap yg aku bicarakan. Aku tanya mak aku, kenapa aku boleh jd mcmni? Mak aku cakap aku accident langgar dgn lori .____. masa tu still malam, aku takut sangat. Tak lama lg aku akan ke alam bazarkh, apa aku nak jawab nanti? Adakah alaman aku selama ini sudah cukup untuk membolehkan aku menjejakkan kaki ini ke mahligai indah (syurga) yg diciptakan oleh-Mu itu? Adakah hamba-Mu yg hina ini layak? Pelbagai persoalan berlegar di kotak fikiranku. Aku tak mampu sekiranya ditempatkan di neraka jahanam dan menerima azab siksaan dari-Mu. Ya Allah... :'( sungguh aku takut. Oleh sebab mimpi ni aneh sikit, aku boleh msg. =.= so, aku msg Aiman, dia je yg tahu password Facebook aku. Aku mintak dia tlg padamkan semua gambar and tutup terus dua-dua account. Aku takut dosa aku berpanjangan kalau ada gambar aku yg tak tutup aurat dgn sempurna. Dan waktu sudah menunjukkan 12 malam, mayat aku akan dikebumikan pd pagi esok. Malam tu aku sibuk meinta maaf dekat keluarga aku, walaupun aku roh tp still boleh berkomunikasi. Tiba saat yg dinantikan, lubang kubur sudah digali.. Aku berdebar, apa yg akan terjadi setelah mereka mengebumikan dan meninggalkan aku keseorangan di kubur?" 

Tiba-tiba aku tersadar dr tidur, aku mula bingung. Bukankah aku dah mati? Kenapa aku masih disini? Baru aku sedar yg itu hanyalah mimpi semata-mata. Air mataku bertakung.. Alhamdulillah, aku masih bernafas. Tuhan masih panjangkan umurku. Aku capai handphone, ada satu msg dr Aiman. Aku cerita dekat dia, sambil tu aku menangis.. Aiman kata "Myb tu mimpi peringatan dr Allah. Mimpi terbahagi kpd 3. Dr Allah, mainan syaitan atau mimpi sbb teringat bnda yg kita buat sblum tidur." "Myb tu cara Allah nak bg hidayah dkt awk" "Istighfar syg.." Terima kasih awak sbb tenangkan sy. :') apapun aku takkan pernah berhenti memperbaiki diri ni. Allahu Akhbarr !!

Tuesday 9 October 2012

2 hari bersamanya

Sabtu - 6.10.2012

Pergi library Seremban nak study for Final Exam yg dah dekat. Gementar, setakat ni baru study math SAHAJA! -.- subjek yg lain tak sentuh lg, nt 2 hari cuti sebab budak PMR. masa tu aku nak study betul-2, itupun kalau ada mood. ==' Hah, kat library Aiman ajrkan math. Entah kenapa yg aku tahu buat time tu pulak jd blurr, mungkin kekok belajar dgn dia. Tapi apa yg dia ajar semua aku faham, Alhamdulillah.. :) dah lama tu, akak aku (Hamizah) ajak makan kat Terminal 1. Mula-mula nak makan dekat KFC, tp ramai. Akak aku cadangkan Mekdi, Pijja hut.. Sorry lah, aku tak telan makanan kat situ. -.- aku ni jenis memilih bila masuk bab makan. Pastu g la makan kat food court. Aku makan depan dia, memalukan betul time makan tetibe garfu jatuh atas lantai. Rasa nak tutup je muka, >.< then Aiman bg garfu yg dia guna tu dekat aku. :3 hew hew, makan jelah. buat muka tak bersalah. :p Balik tu dia teman sampai ktm seremban, egtkan die balik naik ktm sekali. Rupanya dia dtg naik motor, penat je jalan kaki jejauh semata-mata nak teman aku. lol -.-

Ahad - 7.10.2012

Hari Usahawan muda dekat SKSJ (sekolah lama aku), dia ikut sekali. ^.^ Maknenye, dua hari aku luangkan masa dgn dia. Jalan-jalan pastu lepak kat kelas, dia ajar math smbung smlm punye. tak banyak yg menarik haritu, tp malam tu menarik! Kitorang baca al-Quran sesama.. Memula aku call, tp dia pulak nak call. Mana boleh lawan cakap dia, aku pun iyakan. Alhamdulillah, tenang hati. :') memang tak dapat nak lupakan saat ni, mengaji dlm telefon. Yelah, nak ngaji depan-depan tak kesampaian. Sempat jugak baca Yassin bergilir-gilir. :)

Monday 13 August 2012

Assalamualaikum

 Inginku luahkan segala yg terbuku dihati, namun itu mustahil sama sekali. Bagi aku, perasaan seseorang tu wajib dibelai, dijaga supaya tiada sedikit pun celanya walaupun ianya memerlukan sebuah pengorbanan.. Tapi, susah untuk kita pastikan orang disekeliling kita bahagia tanpa ada rasa kecil hati mahupun terselit rasa marah dengan perbuatan kita. Sesetengah orang, mereka lebih suka memendam rasa daripada meluahkannya. Dan pastinya meraka punya sebab yg tertentu. Kadang-kadang kita harus korbankan satu perasaan untuk menjaga perasaan orang lain.

Setiap manusia pasti ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Setiap hari, aku cuba membuat perubahan supaya diri ni lebih dekat dengan-Nya. Namun, ada satu hati yg suci terluka. Mungkin, aku tak pandai nak menjaga hati tu dengan baik sampaikan aku sendiri dapat merasakan betapa tersiksanya bila berjauhan. Janji aku masih pegang, aku nak jadi kuat. :) Alhamdulillah, masa terluang aku isi dengan sebaik mungkin. 

Dalam sujud ku kirim doa buatnya.. :')

Thursday 9 August 2012

^^

 Hari demi hari, aku cuba perbaiki kelemahan aku. Dalam masa yg sama, aku cuba tarik kawan aku untuk beribadat kepada-Nya. Tadi dekat sekolah, sekali lg aku ajak kawan aku (Nani) solat Zohor, dia pun excited sgt bila aku ajak td. ^^  Miza tak datang :( masa nak keluar kelas, kawan aku Siti jumpa aku cakap 'jum solat' dengan dkt tangan dia ad beg isi telekung. Ya Allah, aku rasa gembira sangat! Tak tahu nak cakap mcmane, hati aku rasa tenang.. Dalam hati, aku ucap kesyukuran keatas-Nya. :) 
♥ mencari malam Lailatul Qadar ♥
I ♥ Allah

Wednesday 8 August 2012

Alhamdulillah..


Harini aku happsy sesangat. ^.^ Masa exam BI td aku dah siap. Bosan, aku pun panggil Miza, dia duduk depan aku. Aku ajak dia solat Zohor kat surau masa rehat, sbb selalu aku tinggal solat ni la. -___- dia pun on je, entah kenapa aku rasa lega dan tak sabar sangat nak solat Zohor masa tu. hihi, dah sampai surau sekolah, mmbe aku yg lain ikut. diorang tgk aku bukak kasut sorang tny aku "Kau nak solat ke weh?" aku dgn Miza jawab lah "Ha'ah" pastu dia balas "Takpe la, aku dok luar je.".....

Masuk kat tempat ambik air wudhuk, ramaii. Tempat ambik air wudhuk pun dah bersih, dulu penuh dgn najis burung je. Nak pijak lantai pun geli =.= Lepas tu mmbe aku sorang masuk tmpat wudhuk, dia kata "Weh, aku nak join. Bosan duduk luar, baik aku ikut korang. Lagipun dah lama aku tak solat, last dlm bulan 3 mcmtu.." aku dengan Miza "Hah?! Biar betul? -,- Takkan kau tak solat kut kat rumah"- muke aku mcm nampak kambing terbang. :3 "Aku tak solat pun.." 

Masa nak solat, dah pakai telekung semua aku ckp dgn dia "Ingat lagi tak niat dia mcmane?" "Aku ingat la, wlaupun dah lama aku tak solat aku still tahu taw." Waaa, seriously. Aku happy gila dapat bimbing kawan aku, walaupun sorang. Tp aku terharu sangat, aku doakan untuk dia dan kawan-2 aku yg lain supaya berada dijalan-Nya. :')  bila ingat balik, ramai kawan aku yg tak solat 5 waktu ni. Sorang lg ckp dia hanya solat sunat hari raya je. -___-"  ape pun, aku pun dalam proses perbaiki diri aku jugak. :)

ha, aku happy lg satu sebab exam dah habis. :P haha, Alhamdulillah, semuanya aku dpt jwb dgn tenang. cuma ada sikit je yg susah. btw, rindu dia -,-
Ai ♥ U

Tuesday 24 July 2012

Walletie

 Harini, hew hew. best! dapat jumpe dia. Ktorang tukar wallet, dia bg tie dia kat aku sbb aku mintak. :P *tak tahu malu* ><"

Dompet-
masuk je kelas cikgu dah sampai. aku masuk paling last sbb habis masa kedua tu aku jumpa dia. :) ktorang jumpa kat tangga, mcm biasa tangan aku sejuk. >.< haha, dah duduk baru dapat selongkar dompet dia. dalam dompet tu ada gambar dia, ^^ pastu duit, surat kitorang yg danak hancur tu. aku kiss wallet tu, wangi. =='

Tie-
dia bagi tie kat aku time kat surau (tadarus). lol, sampai je surau aku ikat tie tu. wangi kut tie tu. -__- semua wangi, hahaha. kat kelas aku pakai tie dengan baju kurung & tudung. pelik kan? tp tu la hakikat nye bila aku dpt tie. -.- mmbe aku nak kiss tie tu, aku ambik buku diari luahan hati dia dgn bf dia. hahaha, memang kalah la die. diari tu mmg kawalan ketat, nama pun diari.. -,- 
Ai love U

Saturday 23 June 2012

I Got A Kiss ♥

Harini ada perjumpaan 3 penjuru. Semalam baru cakap dekat mak aku suruh datang. Bila cakap dengan mak aku, mula lah soal aku itu ini. Paling mak aku gemar tanye "dapat no berapa? berapa A dapat exam haritu?" jawapan aku senang je "lupa". Padehal dah tau aku no berapa -,- saja nak bg surprise kat mak aku nt.

Pergi sekolah pakai baju merah, sluar slack fav, tudung sarung fav. Hihi, melangkah ke foyer dengan langkah longlai. Duduk menunggu giliran, aku pun buat muka blur aku. Sampai giliran, guru kelas aku, Encik Phoon Long Ching memberikan segaris senyuman sambil mencari slip keputusan aku dalam timbunan kertas yg agak berselerak. Eh eh, mula dah ayat aku -.- 

Cikgu bagi result tu dekat mak aku, dia tunjuk Ujian1 punya dulu. Time ujian1 dulu mmg hampeh result aku. Pastu ujian2, sampai lah pertengahan tahun punya. 
----------------------------------------------------------------------------------------------
Cikgu: Dia rajin, slalu tlg sy bt kerja. Dia bt kerja dgn baik, bertanggungjwb. Dekat rumah dia mcmana?
Mak: Dekat rumah dia okay lah, senang nak jaga. Tak merayau.. *"tak merayau" dah mcm kucing*
Cikgu: Bagus lah. Umi, awk usaha lebih lg.
Mak: Dia banyak bertanya tak? Ke duduk diam je?
Cikgu: Dia tak banyak tanya, sy pun tak tahu dia faham ke tidak. Umi, awk faham sy ajar?
Aku: Faham :D
----------------------------------------------------------------------------------------------
Dah habis tu, aku pun bangun, senyum, balik. Takkan nak salam pulak -__-  lepastu mak aku cakap "Tahniahh" sambil hulur tangan. aku pun salam la. sambil tu mak aku cium pipi aku. Ngee~  malu sangat! ada budak pandang. hihi, myb lepas ni mak aku tak la bising sangat kalau phone asik bekepit dengan aku. ^.^

Abah aku balik je terus hulur tangan smbil ckp "Tahniah". Aku bt muka blur aku lagi, dlm fikiran aku "Abah tau ke? Kan belum tgk lg result aku." smbil tu sambut la huluran tangan abah. Abah ambik result aku, "Alhamdulillah, bagus la ni." hihi, ap pun lepas ni nak usaha lagi. Nak sangat dapat top10. :)

Wednesday 13 June 2012

"AIMAN"

 Aku akui bahawa nama "AIMAN" ini memang teramatlah faymous pada masa sekarang. Buktinya, nama 'si dia' pun Aiman, nama bf mmbe aku dua orang nama Aiman, kawan aku belambak nama Aiman. Sampaikan satu tahap bila kitaorang cakap pasal sesiapa yang bernama Aiman haruslah menjelaskan Aiman mana. Contohnya, Aiman Siti punya, Aiman Fatihah punya, Aiman Umi punya. -.- Kepelikkan berlaku disitu.

Selalunya hati aku tersentap habis-habisan bila masa rehat, kawan aku cakap "Eh, Aiman!" Aku ingatkan 'si dia' rupanya Aiman Afeeq budak kelas aku. Banyak kali aku dah kene, kesiannya aku ni. -____- Lepas tu mesti kawan aku kene marah dengan aku sebab aku ingatkan Aiman aku. HAHA :P

Maksud nama Aiman ni jugak bagus tau, aku ada jugak tengok maksud dia kat nama-nama anak. -.- Maksudnya, "yang kanan, yang bertuah, yang keberkatan". 

Monday 11 June 2012

Terharu :')

 Seriously aku terharu gila. sekarang pukul 5.10a.m and esok aku skolah. still tak tidur lagi. aku wc dgn dia, mintak dia nyanyi satu lagu yg bertajuk "Kotak Hati - Hujan". lama jugak pujuk dia, and finally! aku dapat jugak dengar dia nyanyi. wlaupun tak sama mcm Noh Hujan tu, tp aku gembira sangat. dengan susah payah dia nyanyi untuk aku, maaf kalau sy susahkan awak lagi. nanti bila sy dah ready sy nyanyi untuk awak balik k? Insyaallah..


"Ya Allah, terima kasih kerana memberikan aku peluang untuk merasai saat ini, memberikan aku tunang yang baik hati."