Pages

Saturday 23 June 2012

I Got A Kiss ♥

Harini ada perjumpaan 3 penjuru. Semalam baru cakap dekat mak aku suruh datang. Bila cakap dengan mak aku, mula lah soal aku itu ini. Paling mak aku gemar tanye "dapat no berapa? berapa A dapat exam haritu?" jawapan aku senang je "lupa". Padehal dah tau aku no berapa -,- saja nak bg surprise kat mak aku nt.

Pergi sekolah pakai baju merah, sluar slack fav, tudung sarung fav. Hihi, melangkah ke foyer dengan langkah longlai. Duduk menunggu giliran, aku pun buat muka blur aku. Sampai giliran, guru kelas aku, Encik Phoon Long Ching memberikan segaris senyuman sambil mencari slip keputusan aku dalam timbunan kertas yg agak berselerak. Eh eh, mula dah ayat aku -.- 

Cikgu bagi result tu dekat mak aku, dia tunjuk Ujian1 punya dulu. Time ujian1 dulu mmg hampeh result aku. Pastu ujian2, sampai lah pertengahan tahun punya. 
----------------------------------------------------------------------------------------------
Cikgu: Dia rajin, slalu tlg sy bt kerja. Dia bt kerja dgn baik, bertanggungjwb. Dekat rumah dia mcmana?
Mak: Dekat rumah dia okay lah, senang nak jaga. Tak merayau.. *"tak merayau" dah mcm kucing*
Cikgu: Bagus lah. Umi, awk usaha lebih lg.
Mak: Dia banyak bertanya tak? Ke duduk diam je?
Cikgu: Dia tak banyak tanya, sy pun tak tahu dia faham ke tidak. Umi, awk faham sy ajar?
Aku: Faham :D
----------------------------------------------------------------------------------------------
Dah habis tu, aku pun bangun, senyum, balik. Takkan nak salam pulak -__-  lepastu mak aku cakap "Tahniahh" sambil hulur tangan. aku pun salam la. sambil tu mak aku cium pipi aku. Ngee~  malu sangat! ada budak pandang. hihi, myb lepas ni mak aku tak la bising sangat kalau phone asik bekepit dengan aku. ^.^

Abah aku balik je terus hulur tangan smbil ckp "Tahniah". Aku bt muka blur aku lagi, dlm fikiran aku "Abah tau ke? Kan belum tgk lg result aku." smbil tu sambut la huluran tangan abah. Abah ambik result aku, "Alhamdulillah, bagus la ni." hihi, ap pun lepas ni nak usaha lagi. Nak sangat dapat top10. :)

Wednesday 13 June 2012

"AIMAN"

 Aku akui bahawa nama "AIMAN" ini memang teramatlah faymous pada masa sekarang. Buktinya, nama 'si dia' pun Aiman, nama bf mmbe aku dua orang nama Aiman, kawan aku belambak nama Aiman. Sampaikan satu tahap bila kitaorang cakap pasal sesiapa yang bernama Aiman haruslah menjelaskan Aiman mana. Contohnya, Aiman Siti punya, Aiman Fatihah punya, Aiman Umi punya. -.- Kepelikkan berlaku disitu.

Selalunya hati aku tersentap habis-habisan bila masa rehat, kawan aku cakap "Eh, Aiman!" Aku ingatkan 'si dia' rupanya Aiman Afeeq budak kelas aku. Banyak kali aku dah kene, kesiannya aku ni. -____- Lepas tu mesti kawan aku kene marah dengan aku sebab aku ingatkan Aiman aku. HAHA :P

Maksud nama Aiman ni jugak bagus tau, aku ada jugak tengok maksud dia kat nama-nama anak. -.- Maksudnya, "yang kanan, yang bertuah, yang keberkatan". 

Monday 11 June 2012

Terharu :')

 Seriously aku terharu gila. sekarang pukul 5.10a.m and esok aku skolah. still tak tidur lagi. aku wc dgn dia, mintak dia nyanyi satu lagu yg bertajuk "Kotak Hati - Hujan". lama jugak pujuk dia, and finally! aku dapat jugak dengar dia nyanyi. wlaupun tak sama mcm Noh Hujan tu, tp aku gembira sangat. dengan susah payah dia nyanyi untuk aku, maaf kalau sy susahkan awak lagi. nanti bila sy dah ready sy nyanyi untuk awak balik k? Insyaallah..


"Ya Allah, terima kasih kerana memberikan aku peluang untuk merasai saat ini, memberikan aku tunang yang baik hati."