Pages

Tuesday 19 March 2013

Kawan

Kenangan paling xdpt nak dilupakan :

Masa darjah 4, aku kafa dekat Surau Nurul Hidayah. Sekarang dh jadi masjid :) aku kawan rapat dgn Ummi Nasuha, sampaikan ustazah ingatkan kitorang kembar. Sekali pandang muka kitorang sama, dah la nama pun sama. Cuma nama dia ada dua 'M', sebutan sama je sbnarnye. Ceritanya bermula bila masa satu hari lepas kafa, semua budak balik. Selalunya abg aku atau ayah aku yg ambik aku lepas habis kafa. Tapi kali ni pula lain, tunggu punya tunggu... org pun dah makin tak ada. Sampai jemaah surau pun dah dtg nak solat Asar, sbb waktu Asar dah dekat masa tu. 

Aku sedih, sebab semua budak kafa dah balik. Aku sorang je dekat situ. :'/ nak kata nangis tu tak la, tp menitis la juga air mata. Biasalah, budak lagi masa tu. Tetiba, kawan aku datang. Rumah dia dekat dgn surau, dia pun budak surau juga. Kekadang, dia yg azan bila masuk waktu. Bayangkan budak darjah 4 yg mengazankan satu taman? Whoaa :o mmg aku respect gila dekat dia! tapi sekarang tak pasti la dia still dpt azankan atau tak. 

Hah, masa dia dtg tu dia ternampak aku. Dia pun dtg dkt aku, tanya knp tak balik lg? Aku ckp la takde org dtg ambik lg. Pastu dia teman sambil tu sembang² sementara nak tunggu masuk asar. Masa tu kecik lg, jadi takde fikir yg tu dating or what. Aku suka kawan dgn dia sbb dia suka tlg org. Yeahh, sampai sekarang pun aku tak lupa. Kawan lama, tp bg aku tetap baru. :')

Sunday 14 October 2012

Mimpi aneh.

Lepas bangun subuh, aku sambung tidur balik. Ngantuk sangat, malam tidur lewat teman akak punya pasal. Dalam tidur tu aku mimpi yg sangat aneh. Mimpinya bermula mcmni..

"Aku dengan family aku keluar makan malam,  then entah mcmana tetiba je dah ad kat rumah and tubuh aku terlantar. Sekarang watak aku bukan MAYAT tu, tp ROH yg berlegar tertanya-tanya kenapa aku terpisah drpd tubuhku? Anehnya, aku boleh bercakap dgn org sekeliling aku walaupun aku hnylah roh yg tak dapat org lain lihat tp boleh mendengar ap yg aku bicarakan. Aku tanya mak aku, kenapa aku boleh jd mcmni? Mak aku cakap aku accident langgar dgn lori .____. masa tu still malam, aku takut sangat. Tak lama lg aku akan ke alam bazarkh, apa aku nak jawab nanti? Adakah alaman aku selama ini sudah cukup untuk membolehkan aku menjejakkan kaki ini ke mahligai indah (syurga) yg diciptakan oleh-Mu itu? Adakah hamba-Mu yg hina ini layak? Pelbagai persoalan berlegar di kotak fikiranku. Aku tak mampu sekiranya ditempatkan di neraka jahanam dan menerima azab siksaan dari-Mu. Ya Allah... :'( sungguh aku takut. Oleh sebab mimpi ni aneh sikit, aku boleh msg. =.= so, aku msg Aiman, dia je yg tahu password Facebook aku. Aku mintak dia tlg padamkan semua gambar and tutup terus dua-dua account. Aku takut dosa aku berpanjangan kalau ada gambar aku yg tak tutup aurat dgn sempurna. Dan waktu sudah menunjukkan 12 malam, mayat aku akan dikebumikan pd pagi esok. Malam tu aku sibuk meinta maaf dekat keluarga aku, walaupun aku roh tp still boleh berkomunikasi. Tiba saat yg dinantikan, lubang kubur sudah digali.. Aku berdebar, apa yg akan terjadi setelah mereka mengebumikan dan meninggalkan aku keseorangan di kubur?" 

Tiba-tiba aku tersadar dr tidur, aku mula bingung. Bukankah aku dah mati? Kenapa aku masih disini? Baru aku sedar yg itu hanyalah mimpi semata-mata. Air mataku bertakung.. Alhamdulillah, aku masih bernafas. Tuhan masih panjangkan umurku. Aku capai handphone, ada satu msg dr Aiman. Aku cerita dekat dia, sambil tu aku menangis.. Aiman kata "Myb tu mimpi peringatan dr Allah. Mimpi terbahagi kpd 3. Dr Allah, mainan syaitan atau mimpi sbb teringat bnda yg kita buat sblum tidur." "Myb tu cara Allah nak bg hidayah dkt awk" "Istighfar syg.." Terima kasih awak sbb tenangkan sy. :') apapun aku takkan pernah berhenti memperbaiki diri ni. Allahu Akhbarr !!